Monday, March 29, 2010

Salam

Izninkan aku memulakan langkah untuk berbicara..Apa yang bakal ku tuliskan nanti adalah tentang perjuangan sebuah bangsa..Bangsa yang sama dengan aku dan bangsa yang begitu aku cinta dan bangsa kita..Bangsa Melayu..

Bukan bermaksud aku disini untuk menyalakan api perkauman tapi sekadar apa yang bakal aku coretkan nanti adalah untuk melihat anak bangsa ku Berjaya,Bersatu dan Bersama dalam membantu negara Malaysia menjadi sebuah negara yang terus berjaya dibawah kepimpinan Perdana Menteri Kita Dato' Seri Najib..

Kalau kita lihat sesetengah bangsa lain dinegara kita walaupun berlainan perjuangan politinya serta berlainan fahaman nya tapi mereka mampu untuk duduk bersama dibawah satu nama iaitu Bangsa..

Tapi tidak terjadi pada Bangsa ku.. Berbeza Fahaman politik sudah cukup untuk menyalakan api permusuhan sehingga untuk duduk semaja sahaja bakal terjadinya percakaran.. Sayang seribu kali sayang.. Semakin lama kita semakin jauh ketinggalan baik dari segi kemajuan apatah lg dari segi keilmuan..

Anak Bangsa kita lebih banyak memperjudikan nasib apabila terlibat dengan pelbagai gejala baik dari kerutuhan moral serta akidahnya..Wahai pemimpin-pemimpin bangsa..Bersatulah kalian semua sebab masih ada sinar untuk kita berjaya di tanah air kita yg tercinta..

Akhir kata,Moga satu masa kita mampu bersatu dibawah satu agenda walaupun berlainan fahaman politik tp kita boleh bersama dan duduk semeja dalam membantu anak bangsa kita..

Salam 1 Malaysia..
BTKP(BANGSAKU TERBILANG KUBANG PASU)